Sesi Afternoon Tea Bertemakan Timur Tengah

Selera Timur Tengah dalam satu set hidangan mewah lagi lazat.

Mengangkat selera Timur Tengah, tawaran afternoon tea terbaru di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur ini adalah sesuatu yang tidak harus anda lepaskan.

Mengambil inspirasi daripada percutian musim panas Timur Tengah dan keunikan rasa juadah asli di sana, Hotel Shangri-La Kuala Lumpur membawakan sesuatu yang sangat istimewa buat semua. Bertempat di Lobby Lounge mereka, hotel ini hadir dengan afternoon tea Timur Tengah dalam masa terhad – hingga 31 Ogos sahaja. Anda boleh cuba nikmati hidangan yang ditawarkan setiap hari bermula jam tiga petang hingga enam petang dengan harga RM150 untuk dua orang.

Anda akan dihidangkan dengan seleksi savuri dan pemanis mulut enak, dilengkapkan dengan pilihan kopi atau teh. Hidangan savuri yang ada adalah Dolma (Stuffed Grape Leaves), IspanakliBörek (Spinach and Cheese with Filo Pastry), Falafel (Chickpea and Fava Bean Filling), IçliKöfte (Bulgur Balls Filled with Ground Meat), Lebanese Bread with Minced Lamb, Gherkin, Hummus dan Tomatoand Kalamata Stuffed Green and Black Olive.

Sementara itu, anda juga boleh nikmati variasi pemanis mulut menggiurkan seperti White Chocolate and Saffron Cake, Arabic Coffee dan Dates Friand, KataifAshta, Ays al Bulbul serta seleksi pemanis mulut Arab iaitu Baklava, Namoura, Karabeej dan Barazek. Selain itu, terdapat juga scone kismis dan Za’atar Apricot yang dihidangkan bersama sapuan apricot serta krim.

Baucar digital boleh anda dapatkan dengan harga RM130 untuk dua orang. Untuk membeli, layari www.shangri-la-specials.com. Untuk menempah sesi afternoon tea ini, anda boleh hubungi 03 2074 3900 atau emel kepada [email protected] Jangan lupa untuk cepat lakukan tempahan kerana ia hanya dijalankan pada waktu terhad sahaja!