Nikmati Hidangan Berbuka Yang Lazat di Restoran ini

Jom berbuka puasa di restoran pilihan Jelita ini
1 of 7

Jatuh pada Mei ini, Ramadan adalah bulan suci yang paling dinantikan oleh seluruh umat Muslim di seluruh dunia. Menikmati juadah berbuka puasa bersama keluarga adalah saat paling bahagia namun bagi mereka yang bekerja atau belajar jauh dari rumah, pastinya akan merindukan juadah yang disediakan oleh ibu. bagaimana pun, anda boleh memilih pelbagai menu berbuka puasa yang pastinya lazat di hotel yang terpilih ini. Harga pun berpatutan.

Bagaikan Menikmati Masakan Ibu – Berjaya Times Square Hotel

Anda boleh memilih daripada pelbagai menu yang disediakan. Banyak pilihan menu yang dihidangkan seperti rangkaian Kerabu, salad, Paru Berlada, Pedal Hati Ayam Masak Cili, Tempeh, Acar Buah, Acar Rampai dan juga pilihan menu bufet antarabangsa seperti Thai Green Curry Duck, Dawood Basha (Bebola kambing Arab), Ayam Masala masak cara India, Jelfrezi sayur, Filet Salmon, tomato, Salsa Timun dengan sos Lada Bengala merah, Sous Vide Beef Steak dengan cendawan, kupang Goreng Mentega dan Lada Hitam dan Udang Harimau Goreng Kuali.

Jika anda inginkan makanan yang lebih tradisional, Berjaya Times Square Hotel turut menyediakan hidangan seperti Kari Kepala Ikan Citarasa Bonda, Lempeng Pisang Kepala Bidara, Kambing Golek Penawar Rindu, Nasi Lemak Lobster Tersohor, Otak-Otak Dibuai Rasa dan Sous Vide Burger Nusantara.

Acara berbuka puasa anda tidak lengkap tanpa pilihan manisan yang disediakan. Anda boleh memilih daripada pelbagai jenis buahan, kuih tradisional Melayu, Mango Charlotte, Kek Pandan Keju Chifon, Brownie Coklat, Fruit Flan, Mixed Berry Panna Cotta, agar-agar santan dan kacang hijau dan banyak lagi,

Jelita berpeluang untuk mencuba hidangan yang disediakan dan antara hidangan yang menjadi pilihan adalah Thai Green Curry Duck, Sous Vide Beef Steak with Mushroom Ragout, Kambing Golek Penawar Rindu, Sous Vide Burger dan Pandan Chiffon Cheese Cake.

Hidangan Kambing Golek Penawar Rindu adalah yang menjadi perhatian dan daging dimasak sehingga lembut dan rasanya begitu enak dimakan bersama dengan sos yang disediakan.

Bazar Ramadan Berjaya Times Square Hotel ini akan diadakan bermula dari 8 Mei sehingga 2 Jun 2019 bermula dari 6.30 petang sehingga 10.30 malam di tingkat 14. Untuk minggu pertama (8 hingga 12 Mei 2019) dan minggu terakhir (29 Mei sehingga 2 Jun 2019) promosi, harga untuk  dewasa adalah RM118 sementara harga untuk kanak-kanak adalah RM48. Pada 13 Mei sehingga 28 Mei 2019, harga untuk dewasa adalah RM128 manakala untuk kanak-kanak adalah RM58.

Tawaran istimewa untuk anda, nikmati satu kemasukan percuma jika lapan dewasa membayar penuh untuk bufet tersebut. Dan bagi tempahan awal, anda boleh mendapatkan baucar bernilai RM98 nett untuk dewasa dan RM48 nett untuk kanak-kanak.

Untuk membuat tempahan, anda boleh menghubungi Big Apple Restaurant di talian ini 03-2117 8000 (ext.8133) atau layari  laman web rasmi Berjaya Time Hotel.

1 of 7