Nikmati 7 Menu Terkenal Seluruh Asia Di Sunway Hotels & Resorts

Boleh cuba 7 hidangan ini jika melawat ke cawangan hotel Sunway!

Hotel terkemuka Malaysia, Sunway Hotels & Resorts telah melancarkan Signature Dishes yang menampilkan tujuh hidangan lazat daripada Asia yang menjadi kegemaran ramai secara a la carte. Hidangan ini dipersembahkan oleh ketua chef yang mewakili Sunway Hotels & Resorts di Malaysia, Cambodia dan Vietnam.

Dihidangkan dari jam 11 pagi sehingga 11 malam, kesemua tujuh hidangan ini akan disajikan di The Resort Café di Sunway Resort Hotel & Spa, Café West di Sunway Clio Hotel, Coffee House di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur, Sun Café di Sunway Hotel Georgetown dan Sunway Hotel Seberang Jaa, The Restaurant di Sunway Hotel Hanoi dan Sun Café di Sunway Hotel Phnom Penh.

Jelita telah berkesempatan untuk mencuba tujuh hidangan lazat ini. Antara menu hidangan yang disediakan adalah:

1. Nasi Ayam– Hidangan ini disediakan oleh Chef Eksekutif Sunway Resort Hotel & Spa, Peter Lee. Hidangan nasi ayam ini adalah hidangan klasik negara Malaysia. Ia juga adalah salah satu menu kegemaran yang diminati oleh semua orang merentasi Asia.

2. Nasi Lemak Udang Berlada– Rakyat Malaysia pasti tidak akan ketinggalan dalam menikmati sajian nasi lemak setiap pagi. Di Sunway Resort Hotel & Spa, hidangan ini disediakan oleh Chef Logaraj Danaraj dari Sunway Clio Hotel. Nasi lemak yang enak berlemak itu dihidangkan bersama sambal udang pedas dan dimasak bersama herba dan rempah segar. Ia adalah hidangan yang wajib anda cuba!

3. Kari Kepala Ikan– Hidangan sentuhan Chef Rossham Rosli dari Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur ini adalah antara hidangan yang menjadi kegemaran Jelita. Hidangan ini menampilkan kepala ikan segar dan sayuran seperti kacang bendi dan terung dan dihidangkan bersama nasi putih panas. Memang enak!

4. Char Kway Teow dan Cendol– Dua hidangan ini adalah antara makanan terkenal di Pulau Pinang. Disediakan oleh Chef Eksekutif, How Tat Jui dari Sun Café di kedua-dua Sunway Hotel Georgetown dan Sunway Hotel Seberang Jaya.

5. Deep Fried Spring Rolls– Gulungan goreng ini adalah menu pembuka yang cukup menyelerakan dan disediakan khas oleh Chef Eksekutif Nguyễn Diệp Quân dari Sunway Hotel Hanoi.

6. Char Beef Lok Lak– Hidangan ini dipengaruhi oleh gabungan Perancis dan Cina dan ia sangat popular di Cambodia. Hidangan ini menawarkan rasa masin, manis, masam dan pedas, sekali gus mencerminkan keunikan hidangan Cambodia. Ia disediakan oleh Chef Eksekutif Pan Sothea dari Sunway Hotel Phnom Penh.