Chef Dato’ Fazley Yaakob Kongsi 5 Tip Asas Baking

5 panduan baking yang mesti anda tahu!

Chef selebriti, Chef Dato’ Fazley Yaakob berkongsi lima panduan paling penting dalam menyediakan sebarang kek mahupun manisan, khusus untuk pembaca Jelita.

5 TIP ASAS BAKING YANG ANDA MESTI TAHU

  1. Pastikan telur yang akan diguna untuk membuat meringue berada pada suhu bilik. Jika anda simpan telur di dalam peti sejuk, keluarkan ia dan biar pada suhu bilik selama satu hari sebelum diguna untuk mendapatkan meringue yang cantik.
  2. Jika mentega keras, anda tidak perlu tunggu hingga ia lembut. Anda boleh gunakan penguli untuk pukul mentega berkenaan sehingga ia lembut secara sendirinya.
  3. Jika anda menggunakan tepung naik sendiri, pastikan anda tidak tersalah letak soda penaik atau serbuk penaik kerana tepung sebegini sudah terkandung bahan tersebut di dalamnya.
  4. Anda boleh kurangkan kemanisan adunan dengan menggantikan gula kastor kepada gula Melaka.
  5. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan krim dalam baking, anda boleh saja gantikan dengan susu soya atau susu badam tanpa gula. Rasanya tetap enak!