Beras Putih Terbaik

Hasil undian Anugerah Dapur With Love 2018, pemenang untuk kategori Beras Putih Terbaik adalah Jasmine Sunwhite!

Beras yang baik menghasilkan hidangan nasi yang memuaskan kehendak selera. Jasmine Sunwhite menjadi kegemaran ramai kerana berasnya berbau harum dan lembut setelah dimasak.

Beras Putih Terbaik ……

Sebut saja mengenai juadah nasi, pasti anda mahukan ia terhasil daripada sumber beras yang terbaik. Beras Jasmine Sunwhite sentiasa menjadi pilihan ramai kerana sudah terkenal dengan beras wangi berkualiti tinggi dan kaya aroma memikat. Diimport dari Thailand, sekamnya siap dibuang. Beras yang telah siap akan terus dibungkus bagi menjamin kebersihan serta kualitinya. Beras Jasmine Sunwhite hadir dengan pek bersaiz 2kg, 5kg dan 10kg dan menghasilkan aroma harum bunga dengan tekstur lembut apabila siap dimasak. Ia sesuai dimasak sebagai nasi putih biasa yang dimakan bersama lauk, mahupun sebagai Nasi Ayam. Selain kaya dengan keenakan rasa, beras ini juga diperkayakan dengan nutrisi penting yang baik untuk tubuh seperti kalsium, protein, fiber, vitamin B1, vitamin B2, kalium dan natrium.

Kurangkan Pengambilan … Alternatif Lain Untuk Penuhi Keinginan Nasi

Jika anda cuba untuk mengurangkan pengambilan karbohidrat, boleh pilih beras basmathi PusaCream – ia diproses khusus untuk mengekalkan kandungan mineral dan vitamin yang tinggi. Tanaman ditanam strategik pada bukit subur Himalaya di Punjab, India, ia dijaga dengan air glasier yang sejuk dan bersih serta tinggi mineral. Nikmati setiap gigitan dengan keyakinan anda makan bijian bebas daripada kolesterol serta gluten, selain rendah Glycemic (GI), lemak dan kanji.

Andakah Anda Tahu …

Nasi adalah bebas gluten dan kolesterol serta menawarkan sumber tenaga kepada tubuh?