Bengkel Masakan Jelita 2018 Bersama Chef Lin

Banyak ilmu berguna dapat peserta kumpul pada sesi bengkel masakan kali ini.

Bengkel Masakan Jelita tahun ini bekerjasama dengan jenama masakan hebat yang menyaksikan peserta begitu gembira dan membuahkan banyak ilmu berguna.

Chef Lin sedang menunjukkan kaedah memasak yang betul kepada peserta.

Acara tahunan ini telah menyaksikan 30 pembaca terpilih dapat belajar memasak bersama Chef Norzailina Nordin (mesra disapa Chef Lin). Bengkel Masakan Jelita yang telah berlangsung pada 9 Jun lalu diadakan bersempena edisi Jun yang hadir bersama buku Sajian Jelita. Program yang diadakan di Tupperware Life Kitchen, Subang Jaya ini menyaksikan gandingan hebat antara Jelita dan jenama hebat iaitu Tupperware, Delimas, Gimson, Mazola dan Guardian.

Resipi Mudah Lagi Menyelerakan
Empat resipi telah ditunjuk ajar Chef Lin dalam jangka waktu kira-kira empat jam – Rendang Ayam, Ikan Panggang, Kek Marble Moist dan Biskut Pandan Coklat Cip. Resipi Rendang Ayam dan Ikan Panggang menggunakan pes daripada Delimas serta Gimson yang menjadikan tugasan memasak lebih mudah serta dijamin lazat. Sementara minyak masak Mazola pula menjadi minyak utama dalam kesemua masakan.

Rendang Ayam

Ikan Panggang

Kek Marble Moist

Biskut Pandan Coklat Cip

Tidak cukup dengan itu, setiap peserta juga diajar cara menggunakan produk Tupperware dalam menyediakan empat juadah pada hari berkenaan. Ternyata produk Tupperware iaitu Black Series Casserole Pot, Extra Chef, Speedy Chef dan Turbo Chopper mampu menjadi pembantu dapur terbaik anda kerana ia cukup praktikal dan mudah untuk dikendalikan.

Belajar Memasak Bersama
Bengkel Masakan Jelita ini sentiasa menjadi medium mengeratkan hubungan sesama keluarga mahupun sahabat, kerana peserta dapat bekerjasama dalam menyediakan sesuatu hidangan yang sekali gus membuahkan momen indah bersama. Chef Lin juga banyak membantu peserta dengan sesi memasak bersama, selain berkongsi banyak tip berguna. Semua peserta tampak berpuas hati dengan resipi mudah yang disediakan Chef Lin, selain tidak sabar untuk mencubanya di rumah memandangkan bengkel masakan ini dijalankan pada bulan Ramadan.

Usai siap kesemua hidangan, sesi cabutan bertuah pula berlangsung yang membolehkan peserta membawa pulang bingkisan istimewa daripada penaja. Bertuah sungguh pembaca setia Jelita yang dapat menimba ilmu masakan baru serta membawa pulang beg cenderahati mewah dan hadiah istimewa.

Lokasi bengkel masakan tahun ini iaitu Tupperware Life Kitchen, Subang Jaya.

Koleksi terbaru daripada Tupperware sempena lebaran 2018.

Cenderahati istimewa daripada penaja (Tupperware, Delimas, Gimson, Mazola dan Guardian) khusus untuk semua peserta.