Ayuh Nikmati Nasi Cara Sihat

Tiada masalah untuk menikmati bijian enak ini yang kaya dengan kebaikan semula jadi.

Selama beribu tahun lamanya, separuh daripada penduduk dunia, terutamanya di negara Asia seperti China, Jepun, Korea, Malaysia, India dan negara Timur Tengah juga bergantung kepada nasi sebagai makanan ruji setiap hari. Nasi putih masih menjadi sumber utama karbohidrat dalam diet mereka.

Hakikatnya, nasi adalah makanan berkhasiat dan mengenyangkan. Ia juga memberi kesan yang baik pada kesihatan, tetapi bagaimana nasi menerima pandangan buruk yang dikaitkan dengan ‘pengambilan gula yang tinggi’? Semua ini terjadi akibat salah faham bahawa karbohidrat perlu dikurangkan kerana boleh menaikkan berat badan. Kepercayaan bahawa karbohidrat menyebabkan peningkatan paras gula dalam darah dan dikaitkan dengan diabetes telah menambah kepada salah faham mengenai pengambilan nasi.

Berlebihan dalam sesuatu itu sememangnya tidak digalakkan. Seperti juga nasi, ia boleh menyumbang kepada gaya hidup yang sihat dengan pengambilan yang tidak keterlaluan dan dipadankan dengan diet seimbang.

Bagaimana menikmati nasi dengan cara yang lebih menyihatkan?

1. Nikmati hidangan nasi
Nasi putih apabila dimakan dengan kadar sederhana, ia menjadi pilihan yang lazat dan berkhasiat. Beras wangi Jasmine Sunwhite adalah sumber tenaga yang hebat kerana ia kaya dengan mineral dan karbohidrat.

2. Pilih mengikut keperluan
Walaupun anda perlu menurunkan berat badan atas faktor kesihatan, itu tidak bermakna anda perlu menyingkirkan terus nasi daripada diet anda. Beras basmathi, jenis beras panjang beraroma, mempunyai skor Glycaemic Index (GI) rendah, yang membantu mengawal paras glukosa darah – menjadikannya mesra pesakit diabetes. Jasmine PusaGold 1121 terkenal dengan rasanya yang premium dan Jasmine BasmathiKing adalah rendah kanji dan lemak, selain bebas kolesterol dan gluten. Jasmine PusaCream beraroma pula tinggi vitamin dan mineral.

Aneka pilihan beras Jasmine yang boleh anda sesuaikan mengikut selera dan keperluan.

3. Fikirkan nutrisi
Terdapat pelbagai pilihan beras yang akan melengkapkan diet anda tanpa perlu korbankan rasa. Jasmine Sunbrown Original mengandungi mineral seperti kalsium, kalium, vitamin dan protein untuk memberi tenaga pada anda setiap hari. NutriRice Thai Red, iaitu beras merah, mengandungi vitamin dan mineral, selain kaya dengan antioksidan yang membantu mengatasi kesan buruk daripada radikal bebas. NutriRice BlackBerry membolehkan anda menikmati rasa kuat beras hitam. Ia diperkayakan dengan protein, asid amino, vitamin dan mineral – seperti iron dan kalium – bagus untuk hati, buah pinggang dan perut.

4. Kawal saiz hidangan
Pengambilan nasi yang banyak adalah tidak digalakkan. Tidak kira jenis beras mana yang anda makan, ambil dalam kadar sederhana. Anda juga boleh cuba kurangkan pengambilan hidangan nasi seperti nasi goreng, nasi lemak dan nasi briyani.

5. Makan hidangan seimbang
Kurangkan pengambilan nasi kepada saiz hidangan yang sederhana dan lebihkan sayuran, protein dan daging tanpa lemak. Setengah cawan nasi yang dimasak adalah jumlah yang sihat untuk satu hidangan. Ini membantu mengurangkan pengambilan gula anda.

Layari jasmine.com.my untuk info lanjut.