4 Fakta Menarik Mengenai Teh Yang Boleh Buat Anda Terkejut

Ini apa yang anda perlu tahu mengenai teh.

Selain kopi dan coklat, teh adalah antara minuman yang sering menjadi kegemaran ramai.

Lebih menarik, inovasi teh seperti bubble tea telah menjadi minuman popular bukan sahaja di kalangan rakyat Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

Bagi peminat teh, Jelita kongsikan empat fakta menarik mengenai teh yang pasti akan buat anda terkejut.

Teh

Gambar: INGimage

Teh Earl Grey boleh membantu menurunkan berat badan

Teh Earl Grey mempunyai perasa dari Bergamot, mengandungi bahan semula jadi yang membantu mencegah penyerapan kolestrol ke dalam perut. Ia juga mempunyai tahap antioksidan yang tinggi dan ekstrak sitrus yang menyumbang kepada penurunan berat badan.

Teh lebih sihat daripada kopi

Teh ternyata mempunyai lebih banyak manfaat untuk kesihatan anda berbanding kopi. Ia mengandungi kadar antioksidan tinggi yang dapat membantu melawan keradangan dan telah terbukti membantu mencegah saluran darah daripada mengeras. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan risiko diabetes, strok dan penyakit berkaitan dengan memori juga.

Teh Chamomile dapat membantu masalah tidur

Mengalami masalah tidur? Teh Chamomile dikatakan mampu membantu cabaran untuk tidur nyenyak yang dialami anda. Selama bertahun, teh Chamomile telah digunakan untuk mengurangkan tekanan, kebimbangan dan insomnia. Teh jenis ini mengandungi tahap apigenin tinggi yang dapat mengikat reseptor tertentu di dalam otak untuk mengurangkan kebimbangan dan membantu anda untuk tidur atau bertindak sebagai ubat penenang yang ringan.

Terdapat lebih tiga ribu jenis teh 

Asas teh adalah berwarna hitam, hijau, putih, oolong dan puer. Bagaimanapun, sama seperti minuman beralkohol iaitu wain, teh juga mempunyai lebih daripada 3,000 jenis. Ini bergantung kepada tempat daun teh itu tumbuh dan asal belukar teh tersebut. Klasifikasi teh boleh berubah mengikut ciri yang dikongsikan tadi.