Senaman Mudah Naikkan Seri Wajah

Jom cuba senaman naikkan seri wajah ini sambil menyihatkan badan.

Memiliki wajah yang berseri adalah impian setiap wanita. Dan untuk memiliki wajah yang berseri, selain pemakanan, bersenam juga dapat membantu untuk membuatkan wajah kelihatan berseri dan pada masa yang sama meningkatkan stamina tubuh anda.

Menurut Adza Tuty Rianti Adnan, Jurulatih Elit Piloxing dan kecergasan berkumpulan, senaman untuk naikkan seri wajah ini tidak memerlukan masa yang lama dan ia boleh dilakukan dalam masa kurang daripada 20 minit. Sebagai permulaan, lakukan senaman ini sebanyak 10 kali sahaja untuk setiap bahagian kiri dan kanan. Seelok-eloknya, anda disarankan untuk melakukan senaman ini empat kali seminggu.

1 of 3

Gerakan Boxing

A) Upper Cut

  • Fokus kepada dagu lawan
  • Posisi: Berdiri lurus dan memakai sarung tangan khas
  • Pergerakan: Tangan harus 99 peratus lurus sewaktu menumbuk dan gunakan kekuatan dalaman untuk memberikan tenaga.
  • Pernafasan: Hembus nafas ketika menumbuk dan tarik nafas ketika menarik tumbukan
  • Lakukan tumbukan ini sebanyak 20 kali iaitu 10 kali untuk setiap belah tangan kiri dan kanan.

B) Hook

  • Fokus kepada pipi lawan.
  • Posisi: Berdiri lurus dan memakai sarung tangan khas pada tangan
  • Pergerakan: Angkat sebelah tangan ke atas dan fokus pada pipi lawan. Kekalkan kedudukannya 90 darjah. Pada masa sama, angkat kaki yang bertentangan dan bengkokkan 90 darjah. Gerakkan kedua-dua bahagian kaki dan tangan secara serentak.
  • Pernafasan: Hembus nafas ketika menumbuk dan tarik nafas ketika menarik tumbukan
  • Ulangi langkah ini sebanyak 20 kali bagi kedua-dua belah bahagian kiri dan kanan.
1 of 3