Khasiat Minum Air Kunyit Pada Tubuh Anda

Bolehlah cuba minum air kunyit untuk menjaga kesihatan anda.

Siapa sangka rempah kuning yang berasal dari Asia Selatan ini sangat berkuasa? Kunyit adalah sebahagian daripada keluarga halia tetapi ia bukan sahaja berfungsi untuk melazatkan lagi masakan anda tetapi juga baik untuk tubuh anda. Malahan, kunyit telah digunakan dalam perubatan ayurveda tradisional sejak beribu tahun yang lalu.

Gambar: Shutterstock

Baca juga: Kulit Cantik Dengan Kunyit

Satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik barat mendapati bahawa kunyit mungkin akan dijadikan sebagai alat pemulihan atau pencegahan untuk pelbagai penyakit termasuk pelbagai jenis kanser, obesiti, diabetes jenis 2, hyperdipidemia, hipertensi, CKD (penyakit buah pinggang kronik) dan ESRD (penyakit buah pinggang peringkat akhir).

Berikut adalah khasiat yang akan anda peroleh jika minum air kunyit setiap pagi.

Kunyit mengandungi sebatian bioaktif dengan ciri ubatan yang berkesan

Kunyit mengandungi sebatian dengan ciri perubatan yang berkesan. Sebatian ini dipanggil sebagai curcuminoids. Antara bahan yang paling penting dalam sebatian ini adalah curcumin. Curcumin adalah bahan aktif utama yang terkandung dalam kunyit. Ia mempunyai kesai anti-radang yang kuat dan antioksidan yang sangat kuat. Walau bagaimanapun, kandungan curcumin  di dalam kunyit tidak begitu tinggi, Ia hanya sekitar tiga peratus mengikut berat.

Melindungi jantung anda

Kandungan curcumin dalam kunyit dapat membantu untuk melindungi jantung anda. Kunyit juga dikaitkan dengan tahap kolestrol yang lebih rendah dan mencegah aterosklerosis iaitu pembentukan plak pada arteri yang boleh menyebabkan strok atau serangan jantung. Selain itu, ia juga boleh membantu untuk melindungi jantung daripada gumpalan darah yang berkembang di dinding arteri.

Mengurangkan risiko penyakit kanser

Ternyata kunyit mempunyai banyak kelebihan untuk pesakit kanser. Pengambilan kunyit secara berkala dapat mengurangkan risiko menghidap penyakit kanser. Kunyit adalah salah satu cara terbaik untuk mencegah tumor yang disebabkan oleh pendedahan radiasi.

Meningkatkan kapasiti antioksidan badan

Antioksidan sangat bermanfaat kerana ia dapat melindungi tubuh anda daripada radikat bebas. Curcumin adalah antioksidan yang kuat dan ia boleh meneutralkan radikal bebas kerana struktur kimianya. Di samping itu, ia juga boleh meningkatkan aktiviti enzim antioksidan badan anda sendiri. Kesimpulannya, curcumin mempunyai dua fungsi iaitu menghalang radikal bebas secara langsung, kemudian merangsang pertahanan antioksidan badan anda sendiri.

Melindungi sel otak

Kunyit juga dapat mengurangkan peratus untuk menghidap penyakit Alzheimer. Para saintis telah mendapati bahawa curcumin yang terdapat dalam kunyit dapat mengurangkan gejala Alzheimer, dengan menghalang pembentukan beta-amyloid iaitu bahan protein yang dipercayai sebagai punca kehilangan sel dan tsu. Selain itu, kunyit juga dapat mengurangkan keradangan tisu saraf.

Melawan penyakit kemurungan

Kemurungan juga dikaitkan dengan penurunan tahap faktor neurotropik yang dihasilkan oleh otak (BDNF) dan penyusutan hippocampus, kawasan otak yang mempunyai peranan dalam pembelajaran dan ingatan. Curcumin yang terkandung di dalam kunyit dapat meningkatkan tahan BDNF dan berpotensi untuk membalikkan beberapa perubahan yang menyebabkan penyakit kemurungan. Curcumin juga boleh meningkatkan neurotransmitter serotonin dan dopamin dalam otak.

Sumber: Healthline.com, Speakingtree.in, lajollamom.com, kellybroganmd.com, ayurvedacollege.com, ncbi.gov (National Centre for Biotechnology Information), onlinelibrary.wiley dan plos.org