Keperluan Nutrisi Pemakanan Mengikut Usia Yang Wanita Perlukan

Ketahui pengambilan nutrisi yang sesuai mengikut usia anda.

Ketika remaja, makanan seperti piza, kerepek dan makanan segera termasuk di dalam menu harian dan anda boleh mengambilnya tanpa perlu rasa bersalah atau berfikir panjang. Tetapi sebaik sahaja anda melangkah ke alam kolej dan seterusnya, pengambilan makanan yang berkhasiat adalah sangat penting.

Berikut adalah nutrisi pemakanan yang perlu diambil oleh wanita mengikut usia daripada 20-an, 30-an, 40-an dan seterusnya yang dikongsikan oleh Susan Bowerman, Pengarah Kanan, Pendidikan dan Latihan Pemakanan Sedunia, Herbalife Nutrition.

Gambar: Shutterstock

1 of 5

Usia 20-an

Minum air yang mencukupi

Jadual yang padat boleh menyebabkan anda sering lupa untuk sentiasa kekal terhidrat. Pastikan anda bawa botol besar berisi air pada setiap masa dengan tujuan untuk minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.

Bawa snek sihat

Kita sebagai rakyat Malaysia memang terkenal dengan rasa cinta pada makanan yang tinggi kalori dan gula. Antara snek yang menjadi kegemaran adalah kuih tempatan, keropok, kek biskut dan pisang goreng. Ini bukan bermakna anda tidak boleh makan makanan yang tinggi kalori sebaliknya mungkin anda kurangkan pengambilannya dan gantikan dengan snek sihat yang boleh anda sediakan dalam masa yang singkat.

Keperluan nutrien: Kalsium dan asid folik

Tulang anda masih lagi memerlukan kalsium ketika di pertengahan usia 20 an. Pastikan ia mendapat sekurang-kurangnya 1,000 milligram kalsium setiap hari. Antara sumber kalsium yang baik termasuklah yogurt, susu tanpa lemak, tauhu, sardin, tempe, badam dan buah ara.

1 of 5