Hanya Perlu Berjalan 15 Minit Untuk Dapatkan Bentuk Badan Ideal

Amalkan ini untuk raih kesihatan yang diingini.

Melakukan senaman adalah penting jika anda ingin sentiasa kekal sihat dan mendapatkan bentuk badan yang ideal. Namun, dengan masa yang agak terhad, mungkin sukar bagi anda untuk melakukan senaman dengan kerap. Menahan lapar bukanlah cara yang sesuai untuk menurunkan berat badan kerana tubuh anda memerlukan tenaga daripada makanan yang anda ambil.

Bagaimana cara mudah untuk mendapatkan bentuk badan ideal tanpa perlu melakukan senaman yang berat atau menahan lapar? Ramai yang berpendapat bahawa berjalan selama 10 sehingga 15 minit adalah cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan bentuk badan yang ideal bagi anda yang ingin mula buat senaman.

Baca juga: 3 CARA MUDAH UNTUK TURUN BERAT BADAN TANPA BERLAPAR DAN SENAMAN

Menurut Ahmad Kasyful Azim, seorang pakar serta jurulatih kecergasan, berjalan pantas selama 15 minit boleh dilakukan sebagai senaman untuk memanaskan badan sebelum memulakan apa sahaja aktiviti senaman.

Tambahnya lagi, senaman berjalan yang dilakukan pada awal pagi sebelum sarapan amat efektif untuk menurunkan berat badan kerana badan dalam keadaan fasted, di mana badan anda tidak mempunyai karbohidrat. Ketika sedang berjalan, badan anda akan menggunakan lemak sebagai tenaga. Untuk kesan yang lebih cepat, Ahmad Kasyful mencadangkan agar senaman ini dilakukan selama 30 minit, tiga kali seminggu.

Selain daripada membantu untuk menurunkan berat badan, berjalan selama 15 minit punya kelebihan lain yang membantu untuk meningkatkan taraf kesihatan anda. Menurut Ahmad Kasyful Azim, antara kelebihan berjalan adalah ia tidak membebankan lutut, bagi yang mempunyai berat yang berlebihan. Berikut merupakan kelebihan berjalan selama 15 minit.

2 of 5

Mengelakkan Penyakit yang Berbahaya

Masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi atau tinggi kolesterol, tahap gula yang tinggi dan lemak di sekeliling pinggang adalah salah satu kesan sampingan yang buruk dalam gaya hidup anda. Masalah seperti ini boleh menandakan penyakit yang berbahaya seperti diabetes, penyakit jantung dan juga kematian awal. Namun, ia boleh dielakkan dengan senaman. Menurut artikel yang diterbitkan oleh Reader’s Digest, senaman kardio seperti berjalan selama 15 minit , boleh menghentikan sindrom metabolik dan mengelakkan penyakit yang berbahaya. Daripada anda jalan secara santai, cuba berjalan cepat dan perlahan secara bergilir-gilir.

2 of 5