Cara Capai Diet Seimbang Melalui Pemakanan Harian

Cadangan makanan yang perlu diambil untuk diet seimbang.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Global Nutrition, rakyat Malaysia mengalami tiga jenis masalah kekurangan gizi yang berbeza iaitu berat badan berlebihan, anemia dan juga pembesaran terbantut. Ini adalah antara masalah kesihatan yang seharusnya dijauhkan dan untuk berbuat demikian, tubuh anda memerlukan campuran nutrien yang kompleks.

Anda bukan sahaja perlu menyeimbangkan pengambilan protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral dengan betul tetapi juga memerlukan cecair yang mencukupi  untuk kekal terhidrat. Pengambilan dos serat yang berpatutan juga adalah penting. Mungkin sukar rasanya untuk mengekalkan pengambilan nutrisi yang seimbang tetapi ia tidak mustahil. Jelita kongsikan tujuh unsur penting dalam mengekalkan diet seimbang melalui pemakanan harian.

1 of 7

Protein

Protein adalah makronutrien penting untuk hampir semua sel dalam badan anda. Protein digunakan untuk menghasilkan molekul penting, seperti hormon dan enzim, dan untuk membina dan mengekalkan tisu otot. Ia juga dapat membantu melegakan kelaparan.

Tubuh sentiasa bekerja dan untuk menggantikan semua nutrien dan tenaga yang digunakan, ia amat penting jika anda mengambil protein yang cukup dalam diet seharian  anda. Cadangan terbaik adalah sehingga 30 peratus pengambilan kalori harian itu datang daripada tumbuhan tanpa lemak atau protein haiwan seperti kacang soya, ayam, ikan dan telur.

1 of 7