Bakar Kalori Dengan Betul Kala Berpuasa (Bahagian 1)

Nana Al Haleq kongsi cara seimbang puasa dan kecergasan

Sedang gigih menyudahkan ibadah puasa, anda mungkin tertanya kenapa berat badan seakan statik kerana secara idealnya, anda tentu mahu hilang sedikit berat itu kerana berpuasa, kan?

Foto: ING Image/Click Photos

Puasa sudah, senaman pun anda rajin lakukan walaupun berpuasa, tetapi seakan tidak nampak perubahan yang diingini.

Jelita tanyakan kepada dua personaliti kecergasan, Nana Al Haleq beberapa soalan berkaitan dengan kecergasan, kalori, cara kekal sihat dan aktif sewaktu di bulan Ramadan atau bila mana anda merencana untuk berpuasa nanti.

Buat pengetahuan anda, Nana Al Haleq adalah seorang personaliti televisyen, model kecergasan, pakar dan jurulatih motivasi serta pengasas bersama Body Baby by Nana Al Haleq. Jelita, menerusi Apple Watch telah menghantar soalan berkaitan persoalan di atas.

Ini juga menarik: Tip Bersenam Ketika Bulan Ramadan

1 of 5

Bagaimana anda mahu membakar jumlah kalori yang betul sewaktu berpuasa?

“Sebenarnya, ia bukanlah sekadar membakar kalori tetapi jumlah kalori yang masuk dalam tubuh anda. Ramai bersangka yang kalori dibakar adalah lemak yang menghilang dan mahu kekal lean, salah ya. Kualiti dan kuantiti makanan yang anda ambil itu lebih penting.

Anda kena sedar yang setiap orang adalah berbeza dan anda masih perlu memberi tubuh nutrisi yang diperlukannya. Untuk menyingkir lemak, ada kala anda perlu meningkatkan jumlah pengambilan kalori setiap hari jika anda seseorang yang mempunyai kadar metabolisme yang tinggi, begitu juga sebaliknya. Justeru, kenalah peka dengan apa yang anda makan.

Sebaiknya, wujudkan diari pemakanan supaya mudah anda hendak pantau dan mengubah suai pengambilan makronutrien.

Cara paling mudah adalah memuat turun app yang boleh anda bantu anda pantau kedua-dua aspek berkenaan.”

Bagi pengguna Apple Watch, app nutrisi paling berguna seperti Lifesum dan MyFitnessPal. 

1 of 5